Assalamualaikum...
Selamat Tahun Baru 2014 untuk kawan2, fbians dan customer yang sentiasa mengunjungi Blog SufinaCollection. Syukur sangat kepada Allah s.w.t kerana saya masih berpeluang bersama keluarga dan rakan- rakan...masih hidup untuk sujud kepada-Nya. Sepanjang tahun 2013, banyak peristiwa sedih dari gembira dan manis...atuk sebelah suami meninggal dan atuk sebelah saya sendiri meninggal. Saya sedih sangat sehingga terpaksa cuti 2 sem...xde mood nak teruskan MBA. Kematian orang tersayang buat kite sedar, bila2 masa je semua akan pergi. Saya asyik pikir psal mati sampai xbleh tido. macam mana keadaan saya masa mati, macam mana nak duduk dalam kubur sorang2, Apa bekal yang saya akan bawa....cukupkah..macam2 pikir. Dan asyik pikir psal MBA, ilmu yang saya blaja yang mana yang dapat tolong saya kat sana. Kemudian my husband bgtau apa2 ilmu yang bermanfaat adalah satu ibadah jika niat kerana Allah membuat saya termenung...pikir kebenaran. Jika saya down sehingga xnak sambung blaja, xde mood keje dan xberblog berbulan2...macam mana nak buat ibadah kan? Dengan peringatan begitu, syukur sangat,saya lebih menghargai orang sekeliling dan masa yang kite ada.
Jom kite mulakan setiap langkah tahun ini dengan bersemangat dan azam yang baru. Dengan isu barang naik, dan macam2 lagi, kite xmampu kawal apa2 pun. Xmampu ubah pandangan pemimpin. Yang kite mampu kawal...dengan macam mana kite cuba cari income lebih dengan cara yang halal, belanja dan menguruskan kewangan. Biarlah jika kite terasa ditindas, mengadulah pada Allah...tiada yang lebih kuasa dari-NYA. Sentiasa buat Solat hajat, solat Dhuha,sentiasa zikir dan berselawat, InsyaAllah usaha yang kite kerjakan akan berkat. Kite xmampu mengetuk pintu pejabat pemimpin yang melaksanakan perkara tersebut, apatah lagi mengetuk pintu hati beliau untuk prihatin beban rakyat. Tapi kite mampu usaha dan doa. Dan berserah pada Allah.
"Dear Allah grant me the patience to accept things I cannot change. Help me forgive those who have hurt me, Forgive those who have deceived me. Grant me courage to face my fears, Give me hope in the darkness, Comfort me when I feel hopeless, Heal me when I am in despair. Lighten me when I feel burdened, Protect me when I have success and happiness, Direct me when I am confused and Guard me when others challenge me."
Aameen
Aameen
No comments:
Post a Comment